Tuesday, October 4, 2005

Permohonanku

Ya ALLAH,

Di dunia yang serba moden ini, tidak ku sangka-sangka bahawa wujudnya perkara yang sebegitu rupa.

Hingga ke sekarang ini, aku dah keluargaku hanya mendengar sahaja cerita-cerita dari sesiapa yang telah mengalami perkara sebegitu. Tidak pernah kami menyangka bahawa kami sekeluarga akan mengalami situasi yang sama.

Sayup and geram rasa kalau diingatkan kembali deritaan yang kami lalui dan sedang melalui ini sekarang. Ini semua akibat perbuatan manusia yang zalim. Tetapi kami tabah, Ya ALLAH. Syaitan itu selalu membisik ke jiwa untuk membalas dendam. Subahanallah. Tidak terampun rasanya dosa-dosa yang telah kami lakukan selama ini. Menyimpan perasaan dendam sebegitu dan melakukan sesuatu balasan kepada mereka adalah terlalu berat untuk kami memikulnya. Kami bertawakal kepadaMu, Ya ALLAH. Biar Engkau sahajalah yang memberi balsan kepada mereka. Kami hanyalah hambaMu yang lemah. Kami tidak akan berupaya untuk melalui liku-liku hidup ini jika tidak keranaMu, Ya ALLAH.

Marah dan benci rasanya setiap kali nama mereka disebut. Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk melawan perassan negatif seperti itu.

Kami bermohon kepadaMu, Ya ALLAH. Di bulan yang sungguh mulia dan penuh berkah ini dan juga untuk selama-lamanya, lindungilah kami daripada dianyayai oleh syaitan mahupun orang-orang yang zalim. Berikanlah kami pertunjuk ke jalan Islam yang benar, tinggikan lah tahap kesabaran kami dan paling utama sekali eratkanlah tali perkeluargaan kami dan ampunilah dosa-dosa kami.

Ya ALLAH, aku tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Tapi sebagai seorang Muslim, aku bersyukur kerana aku akan senantiasa rasa tenang setiap kali aku mengingatiMu dengan melakukan solat (atau dengan lain-lain cara). Hampirilah kami, Ya ALLAH. Amin

2 comments:

Anonymous said...

Hey sis,

Hehehe I didnt expect you to remember me cos I left no photos of me in my blog. Perhaps you might have known thru ur sis. Anyway, I'll link you up in due time. Selamat berpuasa to you and family.

P.S. Sayu I baca ur entry... Very nicely worded...

Alles-Lila said...

masya-allah!!! very beautifully put, lizzie.

selamat berpuasa!!!